NGO bantah MPAJ ambil alih dewan
TAMAN MUDA – Badan bukan kerajaan (NGO) di kawasan Ampang Jaya dan Ahli Parlimen Pandan membantah keputusan kerajaan negeri mengambil alih premis dan dewan orang ramai menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) masing-masing.
Ahli Parlimen Pandan, Datuk Ong Tee Keat berkata, tindakan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mahu mengambil semula dewan di sekitar Ampang dan Pandan yang telah diusahakan oleh golongan NGO ini tidak wajar sama sekali.
Menurutnya, dewan orang ramai ini diuruskan oleh sukarelawan dan pertubuhan NGO berdaftar tanpa menggunakan sebarang peruntukan atau dana pihak kerajaan, malah badan itu mengeluarkan modal sendiri untuk membaik pulih, menjaga dan menjadikan dewan sebagai tempat aktiviti komuniti.
“Tindakan kerajaan negeri ini membangkitkan kemarahan rakyat yang bertungkus lumus mengusahakan dan membina dewan yang ada sekitar Ampang ini termasuklah balai pusat khidmat ini.
“Pihak MPAJ sebelum ini tidak pernah ambil tahu mengenai apa yang kami semua usahakan dalam komuniti dan keputusan tersebut tidak adil untuk rakyat yang telah menyumbang tenaga membangunkan dewan serta premis NGO,” katanya pada sidang akhbar di pusat khidmat itu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kawasan lain mungkin menyusul kemudian,kita tunggu dan lihat operasi pbt ni...hari tu berlaku kat selayang dan puchong..hahaha!!!!!
BalasPadamdewan taman medan pj pulak jadi mangsa!
BalasPadamkah..kah..kah..!
dewan tadika kat port kelang pulak jadi mangsa..
BalasPadameh....eh...eh..!!!