Khamis, 11 Jun 2009

saman tok... jangan tak saman



‘Hanya pakai takut disaman’

Oleh Shanty Nur Shaffizan Shafee
shantynur@hmetro.com.my


TAHAN...Hambazi (tengah) menahan seorang penunggang motosikal
yang tidak memakai topi keledar dalam operasi
di Puchong, semalam.

PUCHONG: Degil! Sikap pengguna motosikal yang enggan memakai topi keledar menyebabkan polis mengambil tindakan tegas dengan mengadakan operasi lebih kerap terutama di kawasan perumahan.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, Superintendan Hambazi Abdul Rahman, berkata sepanjang operasi itu dijalankan sejak 21 April lalu pihaknya sudah mengeluarkan 2,400 saman di atas kesalahan terbabit.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 2,107 saman dikeluarkan ke atas penunggang motosikal dan selebihnya kepada pembonceng.

“Apa yang menghairankan kebanyakan mereka membawa topi keledar tetapi hanya kelam-kabut memakainya ketika ditahan polis,” katanya yang kesal tindakan mereka itu semata-mata kerana takut disaman bukan memikirkan keselamatan nyawa.Menurut Hambazi operasi ini akan diteruskan terutama di kawasan perumahan kerana mendapati pengguna motosikal di kawasan itu memandang mudah pemakaian topi keledar dengan alasan hanya ke lokasi berhampiran.

“Walaupun ingin ke kedai yang terletak satu kilometer, orang ramai harus faham yang malang tidak berbau.

“Jika terbabit dengan kemalangan, pemakaian topi keledar itu mampu menyelamatkan nyawa mereka,” katanya ditemui ketika Ops Degil di Puchong Perdana, di sini, semalam.

Dalam operasi tiga jam bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari itu, sebanyak 51 saman dikeluarkan kepada penunggang motosikal kerana kesalahan terbabit.

1 ulasan:

  1. kepalo bosi ko!!!!topi keledar tak nak pakai..
    kat kawasan perumahan aku,ramai penunggang motor bawah umo dan lebih umor tak nak pakai topi keledar..balai polis ada kat situ,bawak motor selamba je dia orang...tak takut saman..TOK SAMAN TOK JANGAN TAK SAMAN..

    BalasPadam