Rakyat hutang IWK RM650 juta
KUALA LUMPUR 5 Jun – Orang ramai terutama penghuni rumah kos rendah di ibu negara mencatatkan hutang tertunggak sebanyak RM650 juta dengan syarikat pembentungan Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK).
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui berkata, kementerian tidak teragak-agak menyaman mereka itu yang telah dikenal pasti sebagai penghuni yang degil untuk membayar tunggakan bil sejak 12 tahun lalu.
“Kita pelik dengan sikap mereka. Kita tidak tahu apa punca mereka enggan membayar namun kadar RM2 sebulan yang dikenakan adalah rendah dan bukan satu bebanan kepada mereka,'' katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat lawatan dan mendengar taklimat di Ibu Pejabat IWK di sini hari ini.
Timbalannya, Noriah Kasnon dan Ketua Setiausahanya, Datuk Dr. Halim Man turut hadir.
Dalam perkembangan berkaitan, Fah Kui berkata, IWK kini dalam proses untuk menutup pusat pembentungan kecil yang dilihat kurang beroperasi.
Katanya, pusat pembentungan itu akan dipusatkan ke beberapa kawasan besar yang dapat menampung perkhidmatan kepada lebih ramai penduduk.
bayorlah hutang hoi...! beli nombo boleh..beli rokok berkotak2 satu bulan boleh..takkan 2 ringgit tak boleh bayor...hampeh betul kau orang..
BalasPadamaku tengok air yang keluar dari rumah pembentungan ditempat aku, teruk betul...airnya hitam macam botoi kicap/minyak hitam.. air itu dilepaskan masuk ke sg langat kemudiannya dirawat dan selepas itu air itu kita sama2 minum..hehehe!
kalau kau orang pasang penapis kat paip air tu..tengok sendirilah betapa kotor/berkarat/berkeladak air tu..
"sendiri mau fikirlah"