Rabu, 17 Jun 2009

unit khas bantu tubuh jmb

Unit khas bantu tubuh JMB di Selayang

RAWANG 17 Jun - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menubuhkan satu unit khas bagi menangani masalah yang mengekang penubuhan badan pengurusan bersama (JMB) di penempatan bertingkat dalam kawasan pentadbirannya.

Yang Dipertuanya, Datuk Zainal Abidin Azim berkata, unit berkenaan akan memberi tumpuan kepada skim-skim pembangunan baru walaupun masalah penubuhan JMB itu sering berlaku di skim-skim perumahan lama.

"Isu penubuhan JMB memang satu masalah utama di skim perumahan lama, justeru, unit khas itu diwujudkan sebagai langkah awal supaya masalah itu tidak berlaku pula di skim-skim baru," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Seminar Pelaksanaan Sistem Pematuhan dan Perakuan Siap (CCC) dan Penubuhan Badan Pengurusan Bersama (JMB) Hartanah Strata MPS di sini semalam.

Menurut Zainal Abidin, tujuan utama unit berkenaan adalah untuk memastikan semua skim pemajuan dapat menubuhkan JMB serta memastikan pertikaian mengenai pengurusan bangunan dapat diselesaikan.

"Ia juga bagi memastikan mekanisme penyerahan pengurusan bangunan berjalan dengan lancar daripada pemaju kepada JMB dan seterusnya kepada perbadanan pengurusan (MC)," ujarnya.

Katanya, setakat ini, sebanyak 181 perumahan bertingkat jenis apartmen telah dikenal pasti di bawah kawasan pentadbiran MPS yang perlu menubuhkan JMB.

Daripada jumlah tersebut, katanya, sebanyak 59 perumahan telah mendapat sijil JMB.

2 ulasan:

  1. salam bromatt...

    tQ... melawat blog saya tempoh hari
    saya dah link kat blog bro

    harap tak kisah..

    sudi2 kan... melawat lagi...

    :D

    BalasPadam
  2. salam..
    terima kasih kerana sudi melawat dan link kat blog bro..
    blog bro ni taklah seindah bahasa miloais tu..
    apa2pun teman tak kisah..teman ni suka melawat blog kawan2 forum tu..

    BalasPadam