Rabu, 15 Julai 2009

pengusaha restoran tak makan saman

Pengusaha degil terima padah

KAJANG – Anggota Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) menyita hampir 50 kerusi meja di tiga lokasi berbeza sekitar Kajang berikutan kedegilan pengusaha restoran melanggar peraturan apabila meletakan alatan perniagaan mereka di kawasan meletak kenderaan.

Pengawai Penguatkuasa MPKj, Rajani Rajimin berkata, sebanyak lima restoran diserbu dalam operasi itu berikutan tindakan pengusaha meletakan alatan perniagaan hingga menghalang lalu lintas di sini.

Menurutnya, operasi di tiga lokasi iaitu Taman Sepakat Indah Fasa Satu dan Fasa Dua serta Taman Kajang Prima melibatkan 12 anggota dengan tiga kenderaan.

“Sebelum sesuatu operasi merampas kerusi dan meja ini dilakukan penguatkuasa terlebih dahulu melakukan pemantauan dalam bentuk rondaan bagi mengenal pasti lokasi yang perlu diserbu.

“Arahan untuk melakukan operasi memang telah ada, tetapi kami sebagai penguatkuasa juga perlu peka dengan persekitaran dan ia adalah tugasan harian yang perlu dilakukan pihak kami,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Rajani berkata, alatan pengusaha yang terlibat disita tetapi kompaun hanya akan dikeluarkan kepada pemilik restoran ketika mereka datang untuk menuntut barang rampasan.

“Ini bukan operasi pertama dilakukan anggota penguatkuasa MPKj, tetapi kerap dilakukan ke atas pengusaha yang sama setelah aduan dan pemantauan dilaporkan kepada pihak kami,” katanya.

1 ulasan:

  1. ada sebuah restoran kat tempat aku,pernah penguatkuasa mpkj buat operasi sita meja..dah bayor saman..esoknya buat balik..tak makan saman betul!!!hello...mpkj..saman boleh bayarlah!!!

    BalasPadam